Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Subsidi kepada penternak ayam dihenti mulai 1 Julai
Published on: Thursday, June 02, 2022
Published on: Thu, Jun 02, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Subsidi kepada penternak ayam dihenti mulai 1 Julai
Perdana Menteri berkata sebelum ini dalam usaha memastikan harga ayam tidak dinaikkan, kerajaan memberi subsidi kepada penternak agar harga ayam kekal pada paras RM8.90 sekilogram kerana ia boleh mencecah RM12 sekilogram, jika harganya diapungkan. 
Kuala Lumpur: Bermula 1 Julai ini, kerajaan tidak lagi akan memberi subsidi kepada penternak ayam sebaliknya ia akan disalur secara langsung kepada rakyat yang dianggap lebih memerlukan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata langkah itu adalah bagi memastikan bebanan kenaikan harga ayam tidak terlalu dirasai dengan adanya sumbangan tunai daripada kerajaan.

Advertisement
Perdana Menteri berkata sebelum ini dalam usaha memastikan harga ayam tidak dinaikkan, kerajaan memberi subsidi kepada penternak agar harga ayam kekal pada paras RM8.90 sekilogram kerana ia boleh mencecah RM12 sekilogram, jika harganya diapungkan.
“Kerajaan belanja RM720 juta bagi memastikan harga ayam tidak dinaikkan. Walau bagaimanapun, ramai dalam kalangan penternak tidak menuntut bayaran subsidi dan pelbagai isu dibangkitkan,” katanya ketika berucap di Konvensyen BN bersempena sambutan ulang tahun ke-48 gabungan politik itu di sini, Rabu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi serta Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee akan memperinci pengumuman baharu itu. Beliau berkata kerajaan melaksanakan pelbagai tindakan buat masa ini bagi memastikan bekalan makanan mencukupi dan harga dapat distabilkan. – Bernama

Advertisement
Antaranya menggalakkan kegiatan industri agromakanan seperti pemeliharaan ayam dan tanaman jagung bijirin dengan menubuhkan tabung agromakanan sebanyak RM500 juta bagi pemberian pinjaman mudah kepada pemain industri.

“Kita juga akan kenal pasti pertubuhan peladang atau koperasi yang terlibat dalam projek agromakanan untuk dibantu dari segi kewangan.

Advertisement
“Kerajaan juga mewujudkan stok penimbal untuk ayam, daging dan ikan. Kerajaan turut mengkaji insentif cukai yang akan diberikan kepada pemain industri agromakanan,” katanya.

Ismail Sabri berkata kerajaan juga telah menghentikan eskport ayam ke luar negara dalam usaha mengatasi kekurangan bekalan dalam negara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here