RANAU: Perasmian Tamu Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Ranau yang dilancarkan besar-besaran menyaksikan seramai 250 peniaga kecil terdiri daripada Sahabat AIM berniaga di tapak disediakan di Sungai Liwagu, di sini, baru-baru ini.Tinjauan Harian Ekspres mendapati pelbagai produk makanan, minuman, sayuran tempatan dan sebagainya dijual di tamu yang diadakan setiap hari Jumaat setiap minggu bermula jam 7 pagi hingga 5 petang.





