Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) melancarkan Tabung Pendidikan Sabah (TPNS) di sini Khamis, dengan RM54.5 juta berjaya dikumpulkan setakat ini.TPNS merupakan salah satu inisiatif untuk merancakkan agenda pendidikan di Sabah.
Merasmikan pelancaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini Khamis, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata inisiatif bertemakan “Peluang Penajaan Untuk Semua” ini membuka pintu baharu kepada rakyat di Sabah khususnya mereka yang berada dalam kelompok B40 untuk terus maju dalam bidang pendidikan ke peringkat tertinggi.
Advertisement





