Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kes harian meningkat di Kota Kinabalu, Penampang
Published on: Saturday, June 04, 2022
Published on: Sat, Jun 04, 2022
Text Size:
Text:
Kes harian meningkat di Kota Kinabalu, Penampang
Kota Kinabalu: Kota Kinabalu dan Penampang mencatatkan peningkatan ketara dalam kes, menjadikan jumlah kes di Sabah kepada 51 pada Jumaat, berbanding 32 Khamis lalu.

Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata kes di Kota Kinabalu meningkat sebanyak 13 manakala Penampang mencatatkan sembilan kes lebih banyak berbanding hari sebelumnya.

Advertisement
“Tujuh daerah mencatatkan kenaikan manakala enam mencatatkan penurunan. Kota Kinabalu dan Penampang merupakan penyumbang utama peningkatan kes pada Khamis,” katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Kota Kinabalu mencatat angkat tertinggi dengan 26 kes, diikuti Penampang (9) dan Putatan (3).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tambahnya, 13 daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu, manakala 13 lagi merekodkan kes satu digit, di mana sembilan daripadanya hanya merekodkan satu kes.

Masidi berkata kesemua 51 kes direkodkan dalam kategori satu dan dua, di mana 68 peratus daripadanya adalah sporadik.

Advertisement
Tiada kematian atau kluster baru dikenal pasti.

Mengenai program imunisasi Sabah, 1,359 individu mengambil vaksin mereka pada 2 Jun, di mana 352 adalah dewasa, 80 adalah remaja dan 927 adalah kanak-kanak.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here