Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Liputan 4G di Sabah kini 86.9 peratus kawasan berpenduduk
Published on: Saturday, June 04, 2022
Published on: Sat, Jun 04, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Liputan 4G di Sabah kini 86.9 peratus kawasan berpenduduk
Kota Kinabalu: Liputan rangkaian 4G di Sabah kini telah mencapai 86.9 peratus kawasan berpenduduk di negeri itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (gambar).

Beliau berkata pencapaian itu merupakan hasil usaha bersepadu dalam memperkasa infrastruktur perkhidmatan jalur lebar terutamanya menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) di Sabah.

Advertisement
“Kita bersetuju supaya MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) negeri duduk dengan kerajaan negeri, untuk melihat adakah kawasan berpenduduk itu benar-benar termasuk dalam ‘mapping’ kita. Macam Sabah sudah sampai 86.9 peratus kawasan berpenduduk, tetapi sampai (liputan rangkaian 4G) dan kualiti adalah lain. Sampai (liputan) maksudnya kawasan itu ada kesalinghubungan.

“Tapi kita tahu dalam soal rangkaian jalur lebar, sampai (liputan rangkaian) itu tidak statik dan dinamik, kerana apabila semua (penduduk) balik kampung serta ramai menggunakan (internet) kelajuannya akan tersekat-sekat, namun, bila tidak ramai menggunakannya rangkaian akan laju,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital, Industri Kreatif dan Komunikasi (MEDIKK) Bil 1/2022 hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam, dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek.

Annuar berkata walaupun berpuas hati dengan kemajuan pelaksanaan JENDELA, namun beliau mahu setiap projek pembangunan dirancang di bawah pelan itu, seperti menambah menara baharu dan menaik taraf menara sedia ada, dipercepatkan. Beliau berkata kementeriannya turut meneliti beberapa teknologi baharu untuk memastikan perkhidmatan rangkaian Internet sampai ke semua kawasan termasuk di pedalaman, seiring dengan matlamat memastikan liputan rangkaian 4G di seluruh negara mencapai 96.9 peratus menjelang akhir tahun ini.

Advertisement
Menurutnya, hampir 99 peratus rangkaian jaringan 3G telah ditutup dan kira-kira 86 hingga 87 peratus pengguna telah pun menggunakan rangkaian 4G setakat ini. Dalam perkembangan berkaitan, Annuar mengarahkan MCMC untuk memantau seterusnya menangani isu menara telekomunikasi dibangunkan secara haram, kerana beliau turut menerima beberapa maklumat berhubung perkara berkenaan di Johor dan beberapa negeri lain.

“Menara haram itu tidak boleh dibenarkan. Saya harap MCMC melihat masalah ini kerana ia boleh menimbulkan banyak masalah termasuk isu keselamatan, selain kehilangan hasil kepada kerajaan tempatan dan mewujudkan gangguan kepada perkhidmatan yang diberikan,” katanya.

Advertisement
Sementara itu, Annuar berkata, mesyuarat MEDIKK bersetuju supaya kementerian dan MCMC, berbincang dengan wakil setiap negeri bagi memperkemas serta menambahbaik proses pelaksanaan projek JENDELA, termasuk dalam hal-hal berkaitan kelulusan tapak pembinaan prasarana berkaitan.

“Tiap negeri ada kaedah dan peraturan tersendiri tanpa kita mencampuri bidang kuasa kerajaan negeri terutama dalam soal tanah, tapi ada ruang kita membentuk persefahaman dengan cara bertukar maklumat. MCMC akan menyediakan satu kerangka berdasarkan kepada pengalaman masa lalu dan negeri-negeri, kita akan duduk secara khusus untuk kita bantu supaya mempercepat projek pembangunan infrastruktur jalur lebar di masa akan datang,” katanya, sambil menambah, MCMC juga diminta bekerjasama rapat dengan wakil rakyat, bagi menangani aduan rakyat seterusnya memberi perkhidmatan liputan Internet lebih bermutu. Rakyat juga boleh terus memberi maklumat mengenai sebarang permasalahan berkaitan perkhidmatan jalur lebar di kawasan masing-masing melalui portal Jendela Map bagi memudahkan MCMC bersama syarikat telekomunikasi mengatasi masalah tersebut,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here