Kota Kinabalu: Artis Sabah digalakkan untuk teruskan berkarya dalam bidang muzik mahupun sebagai penyanyi kerana Music Rights Sabah Berhad (MRS), sebuah badan pelesenan muzik yang diiktiraf kerajaan, akan memberi pembelaan sewajarnya kepada hak mereka.Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata MRS, yang ditubuhkan pada Januari tahun ini, akan sentiasa menjaga kebajikan artis tempatan dalam industri muzik Sabah.





