SANDAKAN: Jabatan Air Sandakan akan melaksanakan Operasi Pemotongan Bekalan Air di bahagian Sandakan, Beluran dan Kinabatangan bermula Isnin ini (6 Jun) hingga 18 Jun.
Jabatan itu dalam satu kenyataan di sini juga menyarankan agar pengguna yang masih mempunyai tunggakan bil air untuk menjelaskan atau membayar bil itu sebelum operasi dijalankan bagi mengelak bekalan air mereka dipotong.
Terdapat 46,000 pengguna meter air berdaftar dengan Jabatan Air di Sandakan, manakala 3,900 pengguna di Beluran dan 3,609 di Kinabatangan.