Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri komited untuk menanam 36 juta pokok menjelang 2025 sebagai sebahagian daripada program Penghijauan Malaysia di seluruh negara.Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin berkata setakat ini Sabah telah menanam kira-kira 4.5 juta pokok dan berharap dapat meneruskan inisiatif yang lebih mampan dan hijau.





