Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Adun Kukusan keluar Warisan, sertai Harapan Rakyat
Published on: Monday, June 06, 2022
Published on: Mon, Jun 06, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Adun Kukusan keluar Warisan, sertai Harapan Rakyat
Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kukusan Rina Jainal pada Ahad mengumumkan keluar dari Parti Warisan (Warisan) dan menyertai parti tempatan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat).

Rina berkata beliau mengambil keputusan itu bagi membolehkannya fokus untuk menjalankan khidmat kepada penduduk di kawasan Tawau khususnya di kawasannya selaras dengan tumpuan perkhidmatan Harapan Rakyat.

Advertisement
“Pilih (langkah ini), saya tidak sangka. Saya tertarik dengan parti ini yang asalnya diasaskan arwah Datuk Seri Lajim Ukin. Saya mahu fokus khidmat di kawasan Tawau. Fokus kerja di kawasan saya, tidak perlu pening dengan politik rebut kuasa, saya mahu fikir kerja untuk rakyat,” katanya pada sidang media di sini pada Ahad.  Turut hadir pada sidang media itu ialah Presiden Harapan Rakyat Tan Sri Liew Yun Fah dan Rina menjadi Adun pertama Harapan Rakyat sejak parti itu ditubuhkan pada 2016.

Melalui perkembangan baharu itu juga, Warisan kini mempunyai 18 kerusi di DUN Sabah selepas wakil rakyatnya bagi Bugaya, Datin Manis Muka Mohd Darah meninggal dunia, enam wakil rakyatnya termasuk Rina meninggalkan parti dan selepas dua Adun DAP menyertai parti berkenaan.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Warisan memperoleh 23 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri ke-16 lepas.

Sementara itu, Liew berkata parti itu menerima Rina kerana melihat perjuangan Adun berkenaan yang ikhlas untuk memberikan khidmat kepada rakyat terutama di kawasan Tawau.

Advertisement
“Tiada apa-apa diberi (kepada Rina) hanya secawan kopi sahaja ketika berbincang mengenai perkara ini. Kita lihat perjuangan kami sama, jadi mari kita sama-sama bekerja… saya minta jangan tabur fitnah kepada Rina… kita sama-sama bantu dia,” katanya.

Mengenai hala tuju Harapan Rakyat, beliau berkata pada masa ini semua pihak harus memberikan sokongan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bagi membawa pembangunan kepada negeri itu.

Advertisement
Menurut Liew, parti itu telah menghantar permohonan menyertai GRS baru-baru ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here