Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Kes tuntutan tanah adat Mawasi selesai
Published on: Monday, June 06, 2022
Published on: Mon, Jun 06, 2022
Text Size:
Text:
Kes tuntutan tanah adat Mawasi selesai
Dr. Joachim (depan) diiringi Maslah ketika melihat Peta NCR Mawasi.
RANAU: Kes tuntutan tanah adat penduduk Kampung Malinsau, Kg. Wayan dan Kg. Sinurai (Mawasi) di sini sejak lapan tahun lalu berakhir dengan kegembiraan – terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor dan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN).

Majlis Mawasi yang mewakili tiga kampung itu telah mengadakan majlis kesyukuran di Kg. Malinsau pada Ahad, yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam.

Advertisement
Pengerusi Majlis Mawasi, Maslah Rumpado, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Menteri dan Kerajaan GRS-BN kerana membantu mereka menyelesaikan isu tanah adat yang mereka hadapi.

“Kami juga berterima kasih kepada Datuk Dr. Joachim selaku Wakil Rakyat kami kerana telah berusaha sehingga berjaya meyakinkan Kerajaan untuk memberi penyelesaian kepada kes Mawasi.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sokongan Datuk Dr. Joachim dari mula kepada Mawasi amatlah dihargai. Kita berharap agar Kerajaan sekarang terus prihatin terhadap keperluan orang asal dan mengiktiraf hak-hak mereka,” katanya.

Katanya, mereka juga bersyukur dengan sokongan yang diterima pengukuran di bawah program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (Pantas) tetap diteruskan.
Advertisement
“Kami amat berharap agar semua geran tanah dapat dikeluarkan dengan kadar segera. Tanah adalah nyawa bagi penduduk kampung,” kata Maslah, sambil menambah, penduduk tiga kampung itu berharap agar Jabatan Tanah dan Ukur Daerah Ranau dapat memudah cara pengeluaran geran mereka.

Bagi pihak penduduk tiga kampung itu beliau juga berterima kepada semua organisasi dan inidividu lain yang telah membantu mereka dalam kes tuntutan itu.

Advertisement
Sementara itu, Dr. Joachim berkata, beliau berasa amat bersyukur kerana selepas Kerajaan GRS-BN mengambil alih pemerintahan, beliau secara peribadi telah berjumpa dengan Ketua Menteri dan memohon agar kes itu dikaji semula. “Dalam pada itu, semua proses telah dipercepatkan dan kes ini telah diselesaikan di luar mahkamah melalui pertukaran tanah dengan mencari tanah di seluruh negeri Sabah seperti Sandakan, Tawau dan di Kota Kinabalu. “Kita berterima kasih kepada Kerajaan GRS-BN sekarang ini yang begitu prihatin dan bukan hanya cakap sahaja tetapi ia terbukti di mana tanah penduduk kampung dapat dikembalikan dan pada hari ini kita meraikan kejayaan Mawasi,” katanya.

Antara yang hadir dalam majlis itu ialah Setiausaha politik kepada Timbalan Ketua Menteri, Yubidi Gumpoyo; Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Louis Sinti; Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau, Jailix Amindang; Penolong Pegawai Daerah Ranau (Pembangunan), Hasinin Kimsin; wakil Pegawai Jabatan Pertanian Ranau, Nur Hafizatun dan Rukizah Sian; Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT), Jaidi Adrian Gulis; Penolong Kanan Juru Ukur Bahagian Pantai Barat Utara Daerah Ranau, Ghani Sumpin; Pemaju Mukim Ulu Sugut, Ratimin Kukunot, para Pemegang Adat serta penduduk kampung. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here