Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Kelab Bolasepak Kinabalu Jaguar belasah Ultimate FC 6-0
Published on: Monday, June 06, 2022
Published on: Mon, Jun 06, 2022
By: gl
Text Size:
Text:
Kelab Bolasepak Kinabalu Jaguar belasah Ultimate FC 6-0
ARIUSDIUS (kiri) menjaringkan dua gol ketika menentang Ultimate FC pada Sabtu lalu.
Kota Kinabalu: Kelab Bolasepak Kinabalu Jaguar (KJFC) membelasah Ultimate FC 6-0 untuk membalas dendam terhadap kekalahan mereka pada pusingan pertama dalam perlawanan Kumpulan A saingan Liga M3 di Stadium Likas pada petang Sabtu lalu.

Pasukan tuan rumah yang tewas 0-1 dalam perlawanan pembukaan musim pada Februari lalu bermain habis-habisan di hadapan penyokong sendiri dan gol pembukaan hadir seawal minit ke-10 apabila tandukan Muhd Faqhrurazi Ahmad daripada hantaran lintang Zulkifly Harun menewaskan penjaga gol Ultimate FC, Ahmet Akef Alkan.

Advertisement
Sepuluh minit kemudian, Ariusdius Jais menambah gol kedua selepas menerima hantaran cantik daripada Andil Safee sebelum dia membantu Zulkifly menjaringkan gol ketiga pada minit ke-34.

KJFC meneruskan serangan selepas waktu rehat dan Ariusdius meneruskan prestasi cemerlang dengan gol keduanya dalam perlawanan itu dengan tandukan daripada hantaran Faqhrurazi Ahmad pada minit ke-47.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Gol kelima hadir pada minit ke-55 menerusi Afiq Yunus dengan tandukan susulan selepas percubaan Aidil Safee terkena tiang, dan sebelum wisel penamat, Afiq Yunus menjaringkan gol keduanya daripada hantaran Mohd Jayman Mohd Jaymi.

Dengan kemenangan itu, KJFC kini mengungguli kumpulan dengan 22 mata, sama dengan Manjung City FC tetapi mempunyai perbezaan gol yang lebih baik dan bermain kurang satu perlawanan.

Advertisement
Pengurus pasukan KJFC, Adzhar Mohamad gembira dengan prestasi pemain dan berharap mereka dapat mengekalkan momentum dalam perlawanan akan datang. “Saya sangat berpuas hati dengan pemain-pemain. Ultimate FC merupakan satu-satunya pasukan yang menewaskan kami di pusingan pertama, jadi saya terkejut dengan kemenangan besar itu. Mereka bermain dengan baik sekali sepanjang 90 minit dan mencipta banyak peluang. Saya harap mereka dapat meneruskan momentum kemenangan dan mengekalkan kedudukan di tangga teratas dalam kumpulan dengan satu lagi kemenangan menentang Immigration FC Sabtu ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here