Kota Kinabalu: Penubuhan parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dilihat sebagai satu usaha bernas pemimpin tempatan dalam memacu lebih banyak kejayaan kepada negeri Sabah.Ketua Penerangan Bersatu Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata pemimpin tempatan lebih mengetahui tentang keadaan politik tempatan dan ia adalah faktor utama dalam membawa pembangunan sekaligus memberi manfaat kepada rakyat Sabah.
“Penubuhan GRS sudah disuarakan dari peringkat pusat, yang mana dirancang sebagai sebuah usaha bagi memastikan politik tempatan di sini (Sabah) mampu terus diterajui oleh pemimpin yang benar-benar faham tentang landskap politik dan keadaan di Sabah, sekaligus kita (Bersatu) di peringkat Pusat sangat menyokong penubuhan GRS tersebut.
Advertisement





