Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
PBS kekal komited, terus setia bersama GRS
Published on: Wednesday, June 08, 2022
Published on: Wed, Jun 08, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
PBS kekal komited, terus setia bersama GRS
Kota Kinabalu: Parti Bersatu Sabah (PBS) kekal komited dan akan terus setia bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Presidennya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) itu berkata perjuangan politik GRS, seperti diperinci oleh Pengerusinya Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Ketua Menteri semasa pelancaran gabungan politik tersebut bulan lepas, bukan sahaja mulia dan tak lapuk dek zaman tetapi juga berpaksikan rakyat.

Advertisement
Beliau berkata PBS menghargai hasrat Parti Warisan (Warisan) untuk bekerjasama dengan PBS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) namun parti berbilang kaum tertua di Sabah itu memilih untuk kekal bersama GRS dan perjuangan gabungan politik tersebut.

“PBS menghargai gerak isyarat politik Warisan dan Presidennya Datuk Mohd Seri Shafie Apdal untuk bekerjasama serta berkolaborasi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Bagaimanapun, sebagai parti berbilang kaum tempatan yang berpengalaman, kami komited sepenuhnya dan benar-benar setia sebagai ahli asas GRS serta rakan kongsinya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami menjemput Warisan dan penyokongnya untuk berpegang kepada matlamat yang sama untuk benar-benar membangunkan Sabah serta menjadikan ia sebagai sebuah negeri yang makmur, selamat dan bebas daripada pendatang tanpa izin,” menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada 11 Mei tahun lepas, Mohd Shafie dilaporkan berkata Warisan berhasrat menjalin kerjasama dengan PBS dalam semangat memperjuang kepentingan rakyat Sabah dan Ahli Parlimen Semporna itu mengulangi pendiriannya semalam bahawa parti itu sedia bekerjasama dengan PBS pada PRU15.

Advertisement
Ongkili juga berkata mana-mana parti politik tempatan di Sabah boleh berpegang kepada matlamat dan aspirasi GRS tanpa perlu menyertai gabungan itu.

Beliau berkata langkah mengadakan kerjasama dan kolaborasi politik sedemikian tidak pernah begitu mendesak berbanding sebelum ini terutama dari segi kerjasama dan solidariti dalam perpaduan politik bukan hanya di Sabah tetapi juga di Sarawak iaitu Borneo Malaysia.

Advertisement
Mohd Shafie pada sidang media di pejabat parti itu hari ini pula berkata terpulang kepada PBS yang menolak untuk bekerjasama dengan Warisan.

“Saya sebenarnya melihat hanya parti itu yang sesuai bekerjasama dengan Warisan… Apa yang kita mahu adalah gabungan parti tempatan seperti yang dilakukan di Sarawak agar kita kuat untuk menuntut hak-hak Sabah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here