Kota Kinabalu: Sabah FC mengejutkan pasukan liga utama Indonesia, Persija Jakarta 2-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang diadakan di Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi, petang Ahad lalu.Neto Pessoa membuka jaringan pada minit ke-4 susulan gerakan menarik daripada Taiki Kagayama yang melakukan hantaran yang mengelirukan pertahanan untuk Tommy Mawat, yang seterusnya melakukan hantaran lintang untuk Neto, yang mudah melakukan tolakan ke gawang lawan.
Advertisement





