KONSERT penghormatan julung kali diadakan Datuk Justin Stimol pada Ahad lalu, dijayakan dengan bertenaga melalui persembahan kumpulan koir lelaki The Male-Efficient dan ucapan penuh emosi isteri mendiang, Datin Florence George Kiloh.Hampir 800 peminat dan artis-artis Sabah yang tidak asing lagi datang menyaksikan konsert ini manakala tetamu kehormat Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, diwakili oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim tiba bersama isteri, Datin Malianah Ugau. Malianah adalah antara rakan baik kepada mendiang Justin.





