Kota Kinabalu: Setiausaha DAP Sabah, Phoong Jin Zhe meminta Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mod Shafie Apdal, berhenti bersikap hipokrit dan berhenti membuat tuduhan tidak berasas terhadap mereka.Phoong, yang juga Adun Luyang, berkata tidak mengapa jika Shafie memutuskan untuk menolak gesaan perpaduan dalam kalangan parti pembangkang.
Namun, katanya, adalah amat tidak adil bagi Warisan untuk menuduh DAP sebagai angkuh kerana mempertahankan kerusi yang mereka menangi pada PRU14.
Advertisement





