Kota Kinabalu: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah akan mengambil pendekatan individualistik dalam membantu golongan miskin tegar dari 10 daerah di sini, di mana lapan daripadanya disifatkan sebagai termiskin di negara ini.Menterinya, Datuk Jahid Jahim (gambar) berkata strategi terdahulu termasuk menggunakan rancangan pembangunan untuk kumpulan besar terbukti tidak berkesan dan membasmi kemiskinan perlu disesuaikan dengan keadaan semasa. Salah satunya ialah Covid-19.
Beliau berkata kira-kira 39,600 dan 28,100 individu di Sabah masing-masing dikategorikan sebagai miskin tegar dan miskin, serta 10 daerah itu adalah Pitas, Kota Belud, Membakut, Nabawan, Beluran, Sipitang, Kota Marudu, Ranau, Tongod dan Tuaran.
Advertisement





