Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penganggur dituduh curi kereta
Published on: Thursday, June 09, 2022
Published on: Thu, Jun 09, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Penganggur dituduh curi kereta
Kota Kinabalu: Seorang penganggur lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencuri sebuah kereta.

Mohd Qassim Ahmad, 26, didakwa mencuri sebuah Proton Persona milik Alvie Jack pada pukul 11.30 malam 3 Jun lalu di sebuah kawasan lapang, di Jalan Lembaga Air Kasigui, Penampang.

Advertisement
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Qassim, yang hadir di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rita Kunsoi, selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Pertuduhan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara setahun dan tujuh tahun, dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah menetapkan 12 Julai untuk pengakuan Qassim direkodkan di hadapan majistret dan menawarkan ikat jamin RM1,300 berserta dua penjamin kepadanya.

Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 21 tahun didakwa memiliki sebuah motosikal curi.

Advertisement
Muhd Farezzudie Jamrah yang juga penganggur, didakwa menyimpan motosikal curi Yamaha Ego Lc milik Fandi Ahmad pada jam 8.30 malam 1 Jun lalu di Jalan Berungis, Tuaran.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Farezzudie.

Advertisement
Pertuduhan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun, dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Farezzudie ditawarkan ikat jamin RM1,200 dengan dua penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 12 Julai untuk pengakuannya direkodkan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here