Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Mayat bayi dalam beg pakaian ditemui terapung di laut di Tawau
Published on: Thursday, June 09, 2022
Published on: Thu, Jun 09, 2022
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Mayat bayi dalam beg pakaian ditemui terapung di laut di Tawau
Mayat bayi perempuan masih bertali pusat. (Gambar: CH Liew/OCDN)
TAWAU: Mayat seorang bayi perempuan masih bertali pusat ditemui dalam sebuah beg pakaian di tepi laut Tanjung Batu Logpond sekitar jam 4.43 petang pada Rabu.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussein,berkata, mayat bayi malang itu ditemui orang awam dalam sebuah beg berwarna merah jambu yang terapung di laut berhampiran jeti.

Advertisement
Katanya, siasatan awal mendapati seorang saksi sedang berjalan dengan tunangnya di kawasan tersebut sebelum terlihat beg yang terapung itu dan mendapati ada seorang bayi masih bertali pusat didalamnya apabila membuka beg tersebut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan terhadap beg tersebut, seketul batu seberat 1.2 kilogram dibalut bersama bayi berkenaan menggunakan sehelai kain batik, dipercayai bertujuan untuk menenggelamkan beg tersebut ke dalam laut bagi mengelak dikesan.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here