Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS dapat restu TYT
Published on: Saturday, June 11, 2022
Published on: Sat, Jun 11, 2022
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS dapat restu TYT
JUHAR (tengah) bergambar bersama Goh (kelima dari kiri) Wong (keempat dari kiri) dan pemimpin-pemimpin FCAS yang lain, semasa kunjungan hormat di Istana Negeri, pada Khamis.
Kota Kinabalu: Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahirrudin memberikan restu untuk Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS 2022/Ke-7, yang bakal diadakan di sini bulan depan.

Beliau memuji dan mengiktiraf sumbangan besar acara sukan kebudayaan tahunan itu, ke arah menggalakkan perpaduan negara, sukan kebudayaan dan pelancongan.

Advertisement
Beliau berkata demikian semasa kunjungan hormat delegasi Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) diketuai Presidennya, Tan Sri T.C Goh, di Istana Negeri pada Khamis.

Pertemuan itu dihadiri oleh timbalan presiden FCAS merangkap pengerusi penganjur Datuk Susan Wong, naib presiden Datuk Chua Soon Ping, Kapitan Fung Chun Fatt, Kapitan Lim Vun Chan, Ng Young Wah, David Chan Chun Ket, bendahari agung Datuk Yong Soo Pin dan Bendahari agung Chen Ee Sheng bagi membincangkan perkembangan program acara tersebut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Goh yang juga Presiden Gabungan Persatuan Cina Malaysia (Huazong) menyampaikan cenderahati kepada Juhar sebagai menghargai sokongan berterusan beliau terhadap acara kebudayaan yang dianjurkan oleh masyarakat Cina

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Sabah atas sikap terbuka dan prihatin beliau terhadap rakyat, sentiasa menggalakkan dan mempromosikan pembangunan budaya pelbagai etnik di Sabah, selaras dengan konsep “Keluarga Malaysia” yang dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Advertisement
“Kami di FCAS sememangnya sangat bertuah kerana mendapat pengiktirafan dan sokongan beliau selama ini, yang penting untuk memastikan kejayaan acara sukan kebudayaan tahunan ini, selain menjadikannya popular dalam kalangan rakyat pelbagai kaum,” kata Goh dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, walaupun kurang penyertaan asing tahun ini sudah dijangka berikutan sekatan sempadan dari negara lain serta prosedur ujian Covid-19 rumit di Imigresen, sambutan peserta tempatan amat menggalakkan.

Advertisement
“Sambutan daripada pasukan tempatan melebihi jangkaan kami. Selain peserta berbangsa Cina, kami turut menerima penyertaan daripada kumpulan etnik lain di negeri ini termasuk pelajar Universiti Malaysia Sabah serta beberapa peserta dari Semenanjung Malaysia termasuk pasukan perahu naga teratas dari Pulau Pinang,” katanya.

Sementara itu, Datuk Susan Wong berkata Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS ke-7 akan diadakan dari 1-3 Julai di Tanjung Lipat di sini.

Menurutnya, pesta pantai akan diadakan pada sebelah malam pada hari pertama untuk mengalu-alukan peserta.

Pusingan awal perlumbaan perahu itu akan bermula pada sebelah pagi 2 Julai diikuti larian matahari terbenam yang julung kali dianjurkan oleh sayap belia FCAS pada sebelah petang.

Perlumbaan akhir perahu naga dan penyampaian hadiah akan diadakan pada pagi 3 Julai manakala pertandingan membungkus ladu nasi bagi menandakan sambutan tahunan Pesta Ladu akan diadakan pada sebelah petang.

Beliau berkata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor telah dijemput untuk merasmikan perlumbaan perahu naga, manakala Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin dijangka akan melepaskan larian matahari terbenam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here