Kota Kinabalu: Kinabalu Jaguar FC (KJFC) menyasarkan untuk meneruskan rentak kemenangan menentang Imigresen FC pada pusingan kedua aksi Kumpulan A dalam saingan M3 di Stadium Likas, petang ini (Sabtu).Pengurus pasukan, Adzhar Mohamad yakin anak buahnya akan dapat merealisasikan kemenangan selepas membelasah Ultimate FC 6-0 minggu lepas.
“Para pemain menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan dan keyakinan mereka juga bertambah berikutan tiga kemenangan berturut-turut.
Advertisement





