Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
PAS takut hilang banyak kerusi jika PRU awal, Zahid bidas Hadi
Published on: Saturday, June 11, 2022
Published on: Sat, Jun 11, 2022
By: FMT, Nora Mahpar
Text Size:
Text:
PAS takut hilang banyak kerusi jika PRU awal, Zahid bidas Hadi
“Biasanya orang yang nak cepat (PRU) ni yang gila kuasa, yang nak tangguh ni tak gila…kita fikir panjang,” kata Presiden Umno itu. Gambar fail Bernama menunjukkan bendera PAS.
Kuala Lumpur: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi membidas Abdul Hadi Awang sebenarnya takut PAS akan kehilangan banyak kerusi, jika pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dipercepatkan.

Beliau berkata demikian selepas Hadi menggelar pihak yang mahu mempercepatkan PRU15 sebagai kumpulan kemaruk kuasa.

Advertisement
“Mungkin kalau pilihan raya cepat, dia khuatir paritnya (kerusi) akan hilang kurang 18 kerusi Parlimen sedia ada (yang dimenanginya pada PRU14),” kata Zahid selepas merasmikan Wacana Aspirasi Orang Muda di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Semalam, Hadi dilaporkan berkata, pihak yang bertegas mahu menyegerakan PRU15 adalah kumpulan sebenar kemaruk kepada kuasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Biasanya orang yang nak cepat (PRU) ni yang gila kuasa, yang nak tangguh ni tak gila…kita fikir panjang,” katanya selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Rusila, Terengganu.

PRU15 perlu diadakan menjelang pertengahan September 2023, tetapi Umno mendesak ia diawalkan dengan memanfaatkan momentum yang diperolehinya selepas kemenangan bergaya dalam pilihan raya negeri Melaka dan Johor.

Advertisement
PAS bagaimanapun bertegas PRU15 wajar diadakan pada pertengahan 2023 selepas penggal Parlimen ke-14 berakhir.

Naib Presidennya, Idris Ahmad pada 5 Jun lalu dilaporkan berkata, pendirian itu tidak akan berubah sehinggalah pucuk pimpinan PAS membuat keputusan baharu.

Advertisement
Pada 1 Jun lalu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan tidak akan melewatkan walaupun sesaat untuk membubarkan Parlimen dan beliau akan berbincang dengan kepimpinan parti untuk menentukan tarikh PRU15.

Mengenai kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz yang menyifatkan ahli politik menggesa PRU15 diadakan ketika negara berdepan inflasi sebagai mementingkan diri, Zahid berkata, bekas menteri itu tidak konsisten.

“Nazri adalah individu sangat dinamik, dia bercakap seusia dengan ketikanya, kerana dulu dia cakap nada lain,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here