Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menandatangani beberapa Memorandum Persefahaman dengan institut pengajian tinggi (IPT) Turkiye tidak lama lagi.Pengarah Pusat Pengantarabangsaan dan Penglibatan Global UMS, Prof Dr Ho Chong Mun berkata ini adalah sebahagian daripada usaha universiti itu untuk menjadi universiti inovatif peringkat antarabangsa.
Beliau berkata matlamatnya adalah untuk mencapainya dengan mengadakan kerjasama strategik dan pencapaian di peringkat global.
Advertisement





