Kota Kinabalu: Ketika sekolah dibuka semula esok (Isnin) selepas cuti dua minggu, ibu bapa diminta memastikan anak-anak mereka meningkatkan amalan kebersihan bagi mengelak dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).Exco Kesihatan Negeri, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata virus yang mempunyai simptom demam, sakit tekak diikuti ruam dan lepuh itu mudah berjangkit dalam kalangan kanak-kanak terutamanya di pusat jagaan.





