Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Paitan wajar dinaik taraf sebagai daerah penuh: Ongkili
Published on: Sunday, June 12, 2022
Published on: Sun, Jun 12, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Paitan wajar dinaik taraf sebagai daerah penuh: Ongkili
Datuk Seri Maximus Ongkili
BELURAN: Daerah kecil Paitan wajar dinaik taraf sebagai daerah penuh bagi memastikan pembangunan menyeluruh di kawasan itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Maximus Ongkili.

Ahli Parlimen Kota Marudu itu berkata kawasan luar bandar seperti Paitan memerlukan jentera berkesan yang diperoleh melalui sebuah daerah penuh bagi memastikan kelancaran pembangunan di lokasi berkenaan.

Advertisement
“Bagi membawa pembangunan kepada rakyat memerlukan sebuah jentera seperti (daerah penuh) Beluran, Kota Marudu, Kudat, Kinabatangan dan Pensiangan iaitu antara daerah luar bandar yang masih luas perjalanan dalam membawa perubahan kepada masyarakatnya.

“Memang banyak yang telah dicapai tetapi masih banyak yang perlu dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Tagunggu yang menonjolkan budaya muzik tradisi etnik Sungai di sini, Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian dalam ucapan aluannya sebagai mengulas cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri Sugut Datuk James Ratib yang meminta kerajaan negeri mempertimbang permohonan agar Paitan dinaik taraf sebagai daerah penuh.

Paitan, yang berkeluasan 2,466 kilometer persegi, mula beroperasi sebagai daerah kecil pada 4 Jan 1999 dalam daerah Beluran, sejauh 236 kilometer dari Kota Konabalu dan terletak di kawasan pantai timur Sabah.

Advertisement
Ketika ini, Sabah mempunyai 27 daerah penuh dan 11 daerah kecil.

Ongkili juga berkata Kerajaan Persekutuan komited untuk melaksanakan usaha membasmi kemiskinan di Sabah dan Sarawak apabila kerap mengadakan perbincangan mengenai keperluan ekonomi serta modenisasi di kedua-dua negeri.

Advertisement
Beliau berkata Kerajaan Persekutuan turut memberikan komitmen yang serius terhadap perkara itu serta ruang yang luas kepada pemimpin Sabah dan Sarawak untuk membangkitkan pelbagai perkara yang harus dilaksana bagi mencapai matlamat berkenaan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pula berkata Sugut, yang merupakan kawasan terpencil dalam daerah kecil Paitan, masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan perhubungan, kemudahan asas serta jalur lebar yang masih tidak menyeluruh.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here