Kota Kinabalu: Pemilik beberapa hotel di KK Times Square Fasa 1 melahirkan rasa kecewa terhadap Jabatan Air Negeri Sabah (Jans) kerana kekurangan bekalan air yang mengakibatkan perniagaan mereka mengalami kerugian terkumpul RM20,000.Jurucakap enggan dikenali yang mewakili hotel-hotel terlibat berkata perniagaan mereka mengalami gangguan air sekejap-sekejap sepanjang hari sejak Mac.





