Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah lancar SMART SBB pertama
Published on: Monday, June 13, 2022
Published on: Mon, Jun 13, 2022
Text Size:
Text:
Sabah lancar SMART SBB pertama
RONALD (depan) menandatangani Papan Tanda Program SMART SBB.
KOTA BELUD: Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) dapat membantu negara mencapai tahap sara diri (SSL) beras.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata program tersebut merupakan pendekatan baharu dalam industri beras yang diolah oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) melibatkan kerjasama syarikat-syarikat peneraju bagi membantu pesawah mengurus tanah ladang mereka.

Advertisement
“Tujuan program SMART SBB ini adalah untuk mengurangkan kos dan meningkatkan hasil agar aspirasi kerajaan untuk meningkatkan SSL beras negara kepada 75 peratus menjelang tahun 2025 akan tercapai.

“Program SMART SBB juga merupakan satu pendekatan yang terbukti memberi kesan yang positif terhadap pengeluaran hasil beras melalui beberapa projek rintis yang telah dilaksanakan antaranya di Selangor.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bagi Wilayah Sabah, program ini akan bermula dengan 40 orang petani melibatkan kawasan seluas 45 hektar dan ianya akan diterajui oleh Bernas.

“Sehubungan itu, dengan pengurusan yang lebih baik, dijangkakan hasil daripada program SMART SBB ini akan membuktikan ianya lebih baik daripada kaedah dan pendekatan yang dilakukan pada ketika ini,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Program SMART SBB di Kg Jawi-Jawi Kota Belud, pada Ahad.

Advertisement
Dalam majlis sama, Ronald turut menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Kompleks Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud dan menyampaikan bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi berjumlah RM71,411.88.

Beliau juga menyerahkan replika kunci pam air kepada wakil kumpulan pengguna air melibatkan tujuh kampung dan replika kunci Jentera Mini Pembajak dan Penuai kepada wakil tiga kampung terlibat.

Advertisement
Hadir sama, Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Hendrus Anding; Setiausaha Tetap Mafi Sabah, Datuk Dr Mariana Tinggal; Pengarah Jabatan Pertanian Sabah, Jifrin Mohamad; Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Industri Padi Mafi, Azman Mahmood dan Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Wahab Sidek.

Sementara itu, Ketua Blok Skim Jawi-Jawi Kota Belud, Rajumin Jamrin menyifatkan program ini memberi pelbagai manfaat kepada pesawah tempatan. “Melalui program ini, ia membantu kami untuk mengusahakan sawah secara berpasukan dan lebih sistematik. “Selain itu, Bernas turut membimbing kami dalam penetapan Jadual Kerja Ladang yang lebih teratur yang mampu mengurangkan risiko kepada tanaman serta mengelakkan pembaziran input pertanian. “Ini sekali gus dapat membantu kami dalam meningkatkan hasil padi serta pendapatan kami,” kata Rajumin.

Rajumin dan pesawah lain turut menyatakan perasaan teruja mereka terhadap penggunaan teknologi dron yang digunakan bagi kawasan ini. “Penggunaan teknologi dron memberi hasil semburan baja dan racun yang lebih sekata meliputi seluruh kawasan ladang dalam tempoh masa yang jauh lebih singkat, mengurangkan penggunaan tenaga dan mengoptimakan input serta kos.” “Ini semestinya memudahkan urusan kami dalam pengurusan ladang dan memberi kami masa terluang untuk melakukan kerja-kerja harian lain,” katanya.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here