Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Genevi Ratu Tagunggu Paitan 2022
Published on: Monday, June 13, 2022
Published on: Mon, Jun 13, 2022
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Genevi Ratu Tagunggu Paitan 2022
GENEVI (tengah) diapit Juvita (kiri) dan Rosnie.
PAITAN: Genevi D Yakobos dinobatkan Ratu Tagunggu pada Pesta Tagunggu Paitan ke-13 2022 pada Sabtu.

Berasal dari Kampung Muanad 1, Beluran, Genevi membawa pulang RM1,500, piala, selempang, mahkota, sijil serta hadiah iringan lain.

Advertisement
Di tempat kedua dan ketiga adalah Juvita Diun dan Rosnie Diun.

Juvita menerima RM1,000, piala, sijil dan hadiah iringan, manakala Rosnie menerima RM700, sijil, piala dan hadiah iringan. Seramai 24 peserta jelitawan menyertai pertandingan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pesta Tagunggu yang julung kali dianjurkan pada 2006 oleh Pejabat Parlimen Beluran, diilhamkan oleh Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee bagi memperkenalkan warisan dan budaya etnik Sungai di Sugut, Paitan dan kawasan sekitar.

Ia memasuki edisi ke-13 tahun ini yang berlangsung di Pentas Terbuka Pejabat Daerah Kecil Paitan.

Advertisement
Ia dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Maximus J Ongkili.

Turut hadir, Ronald yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut Datuk James Ratib, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Adun Labuk Samad Jambri, Adun Telupid Johnnybone J. Kurum, Pegawai Daerah Beluran merangkap Pengerusi Penganjur Roger Appolonius dan  Penolong Pegawai Daerah Kecil Paitan Joloning Joe Majambu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here