Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kecewa tiada Mesyuarat Khas RUU Anti-Lompat Parti, pemimpin PH akan jumpa PM
Published on: Monday, June 13, 2022
Published on: Mon, Jun 13, 2022
By: FMT
Text Size:
Text:
Kecewa tiada Mesyuarat Khas RUU Anti-Lompat Parti, pemimpin PH akan jumpa PM
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan pertemuan segera dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Lompat Parti.

Ia susulan kegagalan kerajaan mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan RUU itu.

Advertisement
Majlis Presiden PH bagaimanapun berharap RUU itu akan dapat dibentang, dibahas seterusnya diluluskan pada minggu pertama sidang Dewan Rakyat yang bermula 18 Julai ini.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan menimbulkan rasa kecewa di atas kegagalan kerajaan memanggil Sidang Khas Dewan Rakyat khusus untuk membentang RUU Anti-Lompat Parti seperti dimaklumkan sebelum ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dengan meluluskan RUU ini, maka 15 dari 18 perkara dalam memorandum persefahaman (MOU) di antara PH dan kerajaan akan tercapai, bersamaan dengan 83%,” katanya dalam kenyataan.

Menurut PH, tiga perkara MOU masih perlu dilaksana adalah menetapkan had dua penggal atau 10 tahun bagi perdana menteri, membentang RUU perkhidmatan parlimen dan meminda Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Advertisement
“Oleh itu, pimpinan utama PH akan mengadakan pertemuan segera dengan perdana menteri bagi membincang RUU Anti-Lompat Parti serta perkara-perkara di atas,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here