Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Jemaah haji Sabah dinasihat ikut panduan kesihatan di Tanah Suci
Published on: Tuesday, June 14, 2022
Published on: Tue, Jun 14, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Jemaah haji Sabah dinasihat ikut panduan kesihatan di Tanah Suci
Juhar meraikan 333 orang jemaah haji dari Sabah pada majlis itu. – fotoBERNAMA
Kota Kinabalu: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin menasihati jemaah haji negeri ini supaya sentiasa mengikuti panduan kesihatan dan amalan pemakanan disarankan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sepanjang berada di Mekah.

Beliau turut mengingatkan agar para jemaah haji mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelakkan jangkitan Covid-19, di samping sentiasa mengambil berat tentang kesihatan dan menjaga kebersihan diri agar mereka dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna.

Advertisement
“Saya mendoakan perjalanan semua jemaah haji dari Sabah ke Tanah Suci pada tahun ini diberikan keselamatan dan dipermudahkan.

“Semoga para jemaah haji dapat mengerjakan ibadat dengan sempurna dan kembali ke tanah air dengan haji yang mabrur,” katanya ketika berucap pada majlis meraikan keberangkatan kumpulan pertama jemaah haji Sabah bagi musim ini, petang Isnin.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut hadir isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni; Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag.

Juhar juga meminta agar jemaah haji Sabah sentiasa menjaga akhlak dan menjauhi segala anasir tidak sihat yang boleh menjejaskan imej negara serta hubungan baik antara Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.

Advertisement
“Selain mendoakan kesejahteraan diri dan keluarga, saya meminta semua jemaah haji untuk turut mendoakan kesejahteraan dan keamanan negeri Sabah dan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Juhar berkata mengambil iktibar daripada pelaksanaan haji, umat Islam khususnya di Sabah diharap dapat terus bersatu hati tanpa melihat kepada sebarang berbezaan yang boleh memecahbelahkan kesatuan ummah dan keharmonian masyarakat berbilang bangsa.

Advertisement
“Perhimpunan terbesar ini mengajar umat Islam untuk bersabar, bertoleransi dan berkasih sayang tanpa mengira warna kulit, bahasa, adat resam dan budaya,” katanya.

Sebanyak 142 jemaah haji dari Sabah berlepas ke Kuala Lumpur malam ini sebelum meneruskan penerbangan ke Tanah Suci.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here