Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Christian gembira kembali beraksi di gelanggang antarabangsa
Published on: Tuesday, June 14, 2022
Published on: Tue, Jun 14, 2022
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Christian gembira kembali beraksi di gelanggang antarabangsa
CHRISTIAN melakukan servis semasa perlawanan di Chiang Rai. 
Kota Kinabalu: Pemain tenis dari Sabah Christian Didier Chin gembira untuk kembali ke sirkit tenis antarabangsa selepas lebih daripada dua tahun tidak aktif disebabkan pandemik.

Dia mengambil bahagian dalam jelajah Beregu Lelaki ITF – Thailand yang sedang berlangsung di Chiang Rai bersama Bu Yunchaokete dari China dan tewas kepada pasangan Congsup Congcar dan Shintaro Imai 3-6,5-7 di peringkat suku akhir pada pusingan pertama yang diadakan dari 30 Mei – 2 Jun.

Advertisement
Pasangan itu mempamerkan peningkatan di pusingan kedua yang berakhir pada Ahad (12 Jun) di mana mereka berjaya mara ke semi final sebelum tewas kepada Yuttana Charoenphon dan Kasidit Samrej dalam tiga set 2-6,6-1,10-12.

“Saya memutuskan untuk mula kembali bermain dalam pertandingan selepas tiga bulan bimbingan dan latihan di Sydney, Australia.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Walaupun saya gagal mara ke final dalam kedua-dua percubaan, tetapi berjaya mara ke suku akhir dan semi final selepas rehat yang panjang adalah satu permulaan yang sangat baik,” katanya pada Ahad.

Dia juga mendedahkan bahawa dia terpaksa menarik diri daripada saingan pusingan seterusnya yang bermula pada Isnin bagi mencegah kecederaan yang dialaminya semasa latihan bertambah buruk.
Advertisement
Beliau mengucapkan terima kasih kepada jurulatih Saed Alirizad atas usahanya untuk meningkatkan tekniknya dan juga bapanya Christopher serta Burning Pitt, AirAsia dan penyokong atas sokongan mereka.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here