RANAU: Seorang wanita tempatan berusia 48 tahun terpaksa dibantu turun selepas dia terseliuh bahu kirinya ketika mendaki Gunung Kinabalu pada Ahad.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, PPgB Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian itu merupakan kejadian ke-30 dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang di Kilometer 1.4 di denai Gunung Kinabalu itu, Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (MoSAR) terpaksa bertindak pantas selepas bahagian cedera wanita itu mula membengkak.
Advertisement





