Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bicara kes bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, dua lagi ditangguh ke 25 Jul
Published on: Tuesday, June 14, 2022
Published on: Tue, Jun 14, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Bicara kes bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, dua lagi ditangguh ke 25 Jul
Tahir dan isteri
Kota Kinabalu: Perbicaraan dua bekas pegawai Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan isteri salah seorangnya yang didakwa melakukan pengubahan wang haram, ditangguhkan ke 25 – 27 Julai tahun ini.

Tarikh itu diberikan kepada bekas Pengarah jabatan itu Awang Mohd Tahir Awang Mohd Talib, 58, isterinya Fauziah Piut, 55, dan bekas Timbalan Pengarah Lim Lam Beng, 66.

Advertisement
Pada 29 Dis 2016, Mohd Tahir, dan Fauziah, bersama Lim, telah mengaku tidak bersalah secara berasingan kepada 37 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan RM61.57 juta.

Kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 itu membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan sesuatu kesalahan pada masa ia dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Setakat ini, pihak pendakwaan telah memanggil 25 saksi dalam perbicaraan yang bermula pada 2018 di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat.

Mohd Tahir, Fauziah dan Lim kini dilepaskan dengan ikat jamin sementara menunggu kes mereka selesai.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Zander Lim Wai Keong menjalankan pendakwaan bersama DPP Mahadi Abdul Jumaat dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), manakala Mohd Tahir dan Fauziah diwakili peguam Marcel Jude dan peguam Datuk Tan Hock Chuan dan Karpaljit Singh mewakili Lim.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here