Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan Sabah lindungi kebebasan beragama: Hajiji
Published on: Wednesday, June 15, 2022
Published on: Wed, Jun 15, 2022
Text Size:
Text:
Kerajaan Sabah lindungi kebebasan beragama: Hajiji
Hajiji menerima cenderamata daripada Melter ketika kunjungan hormat itu.
Kota Kinabalu: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) sentiasa berusaha mengekalkan hubungan yang baik dan mesra dengan semua badan agama di negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.Katanya, Kerajaan Sabah di bawah pimpinannya akan menegakkan dan melindungi kebebasan beragama, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
Advertisement
“Menghormati kepercayaan (agama) antara satu sama lain, sentiasa menjadi tonggak kekuatan dan perpaduan kita di Sabah.  Walaupun berbeza agama dan bangsa, kita di Sabah dapat hidup bersama dalam keadaan aman dan harmoni selama ini.  Justeru, kita mesti melindungi ini,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat daripada Bishop Anglikan Diosis Sabah, The Most Reverend Datuk Melter Jiki Tais dan rombongan di pejabatnya di Menara Kinabalu, pada Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji berkata, Kerajaan GRS-BN juga komited dan meneruskan pemberian bantuan kewangan kepada badan-badan keagamaan bukan Islam dan sekolah-sekolah bukan Islam di negeri ini. Menurutnya, dalam Belanjawan Negeri Sabah tahun 2022, jumlah peruntukan yang diluluskan untuk Pemberian Bantuan Kewangan Bagi Badan-Badan Keagamaan Bukan Islam sebanyak RM27 juta.
Advertisement
“Setakat bulan Mei 2022, Sekolah-Sekolah Bukan Islam yang menerima bantuan kewangan melalui peruntukan khas Ketua Menteri sejumlah RM 2,403,150.00. “Manakala  Badan-Badan Keagamaan Bukan Islam yang menerima bantuan kewangan melalui peruntukan khas saya, setakat Mei 2022 ialah sebanyak  RM1,730,000,” tambahnya.
Advertisement
Hajiji berkata, secara peribadi beliau dari keluarga berbilang kaum dan agama serta mengamalkan prinsip hormat menghormati dalam keluarga. Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas penghormatan dan jemputan sebagai tetamu kehormat Majlis Kesyukuran Ulang Tahun ke-60 Anglikan Diosis yang akan diadakan pada 31 Ogos 2022. Sementara itu, Datuk Melter Jiki Tais berkata pihak gereja menyokong kerajaan hari ini dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam membangun negeri dan membantu rakyat. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here