Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tampil dengan idea bernas untuk lonjakkan Sabah: KM
Published on: Wednesday, June 15, 2022
Published on: Wed, Jun 15, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Tampil dengan idea bernas untuk lonjakkan Sabah: KM
Hajiji (tengah) Anugerah Khas Ketua Menteri kepada wakil Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia sempena majlis itu.
Kota Kinabalu: Perkhidmatan awam sama ada di jabatan Persekutuan mahupun negeri, perlu tampil dengan idea-idea lebih bernas, berani serta agresif bagi membuat penambahbaikan demi pembangunan Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata penjawat awam harus menjadikan tahun 2022 sebagai titik permulaan dalam lonjakan perubahan penetapan minda, cara proses kerja, komunikasi berkualiti dan lebih bermotivasi untuk menaikkan imej negeri Sabah.

Advertisement
Katanya hasrat itu sejajar dengan matlamat kerajaan negeri yang memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan negeri yang mesra pelabur bagi menarik pelaburan asing untuk datang ke Sabah.

“Langkah itu akan mendorong keyakinan komuniti pelabur antarabangsa terhadap prospek pertumbuhan, sekaligus dapat meningkatkan kemajuan ekonomi negeri,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah (ISAS) 2021 dan pelancaran buku panduan Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu di sini pada Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketua Menteri berkata semua ketua jabatan Persekutuan mahupun negeri mesti menjadi contoh utama dalam perubahan ‘mindset’ anggota perkhidmatan awam agar Sabah menjadi contoh tauladan yang positif kepada perkhidmatan awam negeri lain. Hajiji berkata perkhidmatan awam adalah tunjang pembangunan negeri dan menjadi penggerak utama dalam intipati pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021-2025 melalui modal insan dan kesejahteraan rakyat.

Advertisement
Justeru beliau berharap Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Persekutuan dapat mengadakan perbincangan dan membuat kolaborasi strategik bagi menjadikan 2022 sebagai lonjakan perubahan di negeri itu.

Sementara itu Hajiji berkata pelaksanaan program ISAS 2021 telah membudayakan inovasi iaitu menggunakan pendekatan secara hibrid dengan kaedah bersemuka dan secara dalam talian dipraktikkan mengikut kesesuaian keadaan.
Advertisement
Beliau turut berharap program inovasi itu dapat dikembangkan dengan mengadakan konvensyen inovasi negeri Sabah dengan kerjasama dan penglibatan perkhidmatan awam negeri serta Persekutuan yang akan menjadi pemacu kejayaan sektor awam Sabah.

“Kita harus menerima bahawa inovasi juga merupakan suatu anjakan paradigma kepada kemajuan dan kejayaan sesebuah negara yang mampu berdaya saing sehingga diperingkat global,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here