Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah catat  98 kes positif baharu
Published on: Thursday, June 16, 2022
Published on: Thu, Jun 16, 2022
Text Size:
Text:
Sabah catat  98 kes positif baharu
Kota Kinabalu: Sabah merekodkan 98 kes positif baharu Covid-19 pada Rabu, berbanding 82 kes pada hari sebelumnya.

Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata tiada kes kematian dan kluster baharu dilaporkan pada Rabu.

Advertisement
“Angka jangkitan harian terus meningkat dengan jumlah kes baharu sebanyak 98 kes, 16 kes lebih tinggi daripada semalam (Selasa),” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata lebih banyak daerah merekodkan kes jangkitan baharu.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Hari ini (Rabu) cuma 11 daerah tidak mencatat sebarang jangkitan sepanjang 24 jam yang lalu berbanding 14 daerah semalam. Sandakan dan Papar yang tidak merekodkan jangkitan sebelum ini mencatatkan kes baharu hari ini,” katanya. Sandakan mencatatkan tujuh (7) kes dan Papar enam (6) kes.  Penampang pula mencatat 22 kes baharu berbanding hanya 13 kes Selasa lepas namun Kota Kinabalu susut tujuh kes kepada 34 kes daripada 41 kes Selasa lalu.
Advertisement
“Secara keseluruhan sembilan daerah mencatat peningkatan kes baharu berbanding tujuh (7) daerah yang merekodkan penurunan,” katanya sebelum menambah, semua 98 kes pada Rabu adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Sementara itu, Masidi melaporkan 58 pesakit sembuh pada Rabu manakala 164 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 163 orang di hospital manakala seorang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.
Advertisement
Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah enam orang di ICU dan seorang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here