Tuaran: Seramai 30 peserta dari daerah ini menyertai Kursus Kemahiran Pembuatan Aiskrim di Dewan Serbaguna Navita, Tamparuli Point selama tiga hari yang berakhir pada Rabu.Program anjuran KPLB dengan kerjasama Pejabat Daerah Kiulu, Tamparuli dan Tuaran itu diadakan selama tiga hari bermula 13 Jun sehingga 15 Jun.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata, program itu menyasarkan golongan B40 khususnya suri rumah atau ibu tunggal bagi membantu menjana sumber pendapatan harian.
Advertisement





