Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Produk tidak berdaftar: Lelaki didenda RM4,000
Published on: Thursday, June 16, 2022
Published on: Thu, Jun 16, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Produk tidak berdaftar: Lelaki didenda RM4,000
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 36 tahun didenda sejumlah RM4,000 kerana memiliki produk tidak berdaftar dan kosmetik tanpa label.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu kepada Mahathir, yang mengaku bersalah kepada pertuduhan terhadapnya.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, Mahathir didapati mempunyai 10 jenis produk tidak berdaftar pada jam 11 pagi 15 Jun 2017 di Originz Bundle di Kompleks Karamunsing, Jalan Tuaran, di sini.

Antara produk tersebut ialah Surut Ayu, Freshcare Splashfruity, Freshcare Greentea, Freshcare Lavender, Pure Slim 7D, Kacip Malam, Minyak Tradisi Lintah Gunung Asli, Minyak Belacak Original Warisan, V-C Injection dan Perlaking.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Atas kesalahan itu, Mahathir didenda RM2,000 atau penjara dua minggu. Kesalahan di bawah Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 itu boleh dihukum mengikut Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda sehingga RM50,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Mahathir diperintahkan membayar RM2,000 lagi atau penjara dua minggu kerana mempunyai 15 jenis kosmetik tanpa label di tempat dan masa yang sama.

Advertisement
Semasa rayuan, Mahathir yang tidak diwakili, memohon hukuman ringan.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Amira Diyama Rosman dari Jabatan Farmasi menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana Mahathir melakukan kesalahan yang boleh membahayakan kesihatan orang ramai kerana produk itu tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan sementara kosmetik itu tidak mempunyai label.

Advertisement
Mahkamah membenarkan permohonan Mahathir untuk membayar denda itu secara ansuran dan bayaran pertama ialah RM1,000 sementara baki RM3,000 perlu dibayar sebelum atau pada 29 Ogos tahun ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here