Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berharap hubungan persahabatan yang baik dan kerjasama yang erat di antara Sabah dan China dalam pelbagai bidang dapat dikukuhkan lagi untuk manfaat dan faedah kedua-dua pihak.
Katanya, Sabah mengalu-alukan para pelabur dari negara China untuk melabur di negeri ini, selain kedatangan para pelancong dari negara itu, memandangkan Sabah mempunyai banyak Sumber semulajadi yang cantik dan unik.
“Saya berharap Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu yang baharu, Ms Huang Shifang, dan Pejabat Konsul Jeneral di sini akan memainkan peranan penting membantu mempromosi Sabah sebagai salah satu destinasi pelancongan dan pelaburan utama kepada rakyat China," kata beliau.
Hajiji yang mengalu-alukan Huang ke Sabah, berharap ramai pelancong China akan melawat Sabah apabila rakyat negara itu dibenarkan kembali melancong ke luar negara.