Kota Kinabalu: Satu aktiviti penyeludupan ayam dikesan di negeri ini yang dilihat mendatangkan masalah besar kepada kerajaan negeri dan rakyat di Sabah.Perkara itu didedahkan Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan I Sabah, Datuk James Ratib selepas melawat Jabatan Veterinar di Sepanggar, Selasa lepas.
“Saya baru melawat Jabatan Veterinar di Sepanggar dan berjumpa dengan pegawai di sana. Kami mendapati cara mereka mengawal penyeludupan ayam adalah sangat longgar.
“Justeru, saya telah mengambil beberapa resolusi yang diharap dapat membendung penyeludupan ayam secara besar-besaran di Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Advertisement





