Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna rampas 17.5 tan metrik minyak masak di Sandakan
Published on: Saturday, June 18, 2022
Published on: Sat, Jun 18, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna rampas 17.5 tan metrik minyak masak di Sandakan
Pihaknya turut merampas peralatan digunakan untuk menyeleweng minyak masak, sebuah ‘tangki skid dalam premis dan sebuah lori 10 tan dengan jumlah rampasan bernilai RM98,750
SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Sandakan merampas 17.5 tan metrik minyak masak bersubsidi menerusi serbuan di sebuah  rumah sewa di Batu Sembilan, dekat sini, Khamis lepas.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Azdy Zukkry John berkata dalam serbuan jam 4.30 petang itu, pihaknya turut merampas peralatan digunakan untuk menyeleweng minyak masak, sebuah ‘tangki skid dalam premis dan sebuah lori 10 tan dengan jumlah rampasan bernilai RM98,750.

Advertisement
Hasil siasatan awal mendapati minyak masak bersubsidi dalam pek satu  kilogram berharga RM2.50  dipindahkan ke dalam sebuah tangki skiad sebelum diproses dalam pek pembotolan sebelum dijual dengan harga RM7.50 sekilogram,” katanya.
Menurutnya, pihaknya percaya bekalan minyak bersubsidi itu kemudian dijual kepada pihak industri untuk pasaran tempatan ataupun diseludup  ke negara jiran.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam serbuan itu, katanya, seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan untuk membantu siasatan. Katanya, tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini telah menyebabkan kekurangan minyak masak bersubisidi paket satu kilogram di sini dan penduduk kampung serta golongan berpendapatan rendah mengadu sukar mendapat bekalan minyak masak.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here