Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Tragedi katamaran: Wanita bela diri 4 Ogos
Published on: Saturday, June 18, 2022
Published on: Sat, Jun 18, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Tragedi katamaran: Wanita bela diri 4 Ogos
Kota Kinabalu: Mahkamah Sesyen menetapkan 4 dan 5 Ogos tahun ini untuk pembelaan seorang wanita yang terbabit dalam tragedi katamaran yang mengakibatkan empat pelancong China maut.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menetapkan tarikh itu bagi Chung Ket Siew @ Chung Siaw Ping, 68, apabila kesnya dikemukakan untuk pengurusan kes melalui Zoom.

Advertisement
Mahkamah juga membenarkan permohonan yang dibuat oleh pihak pembelaan agar pihak pendakwaan memberikan keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah, bagi semua saksi yang ditawarkan pada hujung kes pendakwaan kepada pihak pembelaan.

Semasa pembelaan, jurubahasa Mandarin juga akan disediakan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi pertuduhan pertama, Chung, selaku Pengarah Syarikat Golden Sailing Travel Tour and Car Rental, dituduh menyebabkan kecederaan kepada 20 pelancong China dengan membenarkan anaknya Leong Vin Jee mengurus dan menggunakan bot itu keluar ke laut dengan begitu cuai sehingga membahayakan nyawa mereka.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu bersama Leong, 44, dan kapten Sharezza Salian, 30, kedua-duanya didapati bersalah pada 1 Mac 2019 dan telah menerima hukuman masing-masing.

Advertisement
Kesalahan mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga enam bulan, atau denda sehingga RM1,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Chung diperintahkan membela diri atas pertuduhan secara cuai menyebabkan kematian empat pelancong iaitu, He Runyuan, 46, Wang Jianyi, 38, Xie Luo, 49, dan Zhang Xiau Kun, 27, dengan membenarkan Leong, yang kemudiannya mengarahkan Sharezza, menggunakan bot itu dan membawa muatan sehingga membahayakan nyawa manusia.

Advertisement
Kesalahan itu mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pada 18 Julai 2018, Chung dilepaskan dan dibebaskan daripada dua pertuduhan itu tetapi pihak pendakwaan telah merayu terhadap hukuman tersebut dan Mahkamah Tinggi memerintahkan Chung membela diri atas pertuduhan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Faezah Jafry hadir untuk pendakwaan manakala peguam Edward Paul dan Elffie Johny mewakili Chung.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here