SANDAKAN: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) mengalu-alukan penerbangan terus antarabangsa dari Filipina dan Singapura ke Sandakan dalam memacu sektor pelancongan serantau.Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata, beliau telah pun berbincang dengan pihak pengurusan tertinggi syarikat penerbangan tambang rendah, Air Asia Philippines untuk mempertimbangkan penerbangan terus dari negara itu ke Sandakan.





