Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dua mangsa lemas ditemukan
Published on: Monday, June 20, 2022
Published on: Mon, Jun 20, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Dua mangsa lemas ditemukan
ANGGOTA Bomba membawa naik mayat dua remaja itu.
PENAMPANG: Empat remaja terselamat manakala dua lagi dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di sungai berhampiran Kampung Pogunon, dekat sini, Sabtu lepas.Dalam kejadian kira-kira 4 petang, empat remaja lelaki berusia 17 tahun terbabit dikenali sebagai Jeremiah Maxwell, Constant Felix, Jameson Johnwai dan  Bryan Lee berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

Advertisement
Sementara dua lagi rakan mereka Harold Walter dan Tomansi Olaf yang dilaporkan hanyut, masih belum ditemukan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan sepasukan anggota bomba digegaskan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan di sekitar kawasan mangsa dilaporkan hanyut. Operasi SAR dijalankan dengan kaedah surface rescue. “Empat mangsa terperangkap di sungai telah berjaya diselamatkan dan mereka tidak mengalami kecederaan.
Advertisement
“Operasi menyelamat dua lagi mangsa hanyut diteruskan pada 6.25 pagi tadi bersama penduduk kampung,” menurut kenyataan itu hari ini.

Operasi SAR turut dibantu anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
Advertisement
 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here