Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Timbalan Pengarah PKK Sabah didakwa 46 tuduhan rasuah
Published on: Tuesday, June 21, 2022
Published on: Tue, Jun 21, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Timbalan Pengarah PKK Sabah didakwa 46 tuduhan rasuah
Mahriyatty dan Syarafi
Kota Kinabalu: Seorang Timbalan Pengarah Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Sabah didakwa atas 46 pertuduhan kesalahan berkaitan rasuah membabitkan sejumlah RM55,020.

Mahriyatty Ag Bahrin, 42, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat, atas semua pertuduhan terhadapnya pada Isnin.

Advertisement
Pertuduhan terhadap Mahriyatty, antara lain menyatakan dia didakwa meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor, menggunakan jawatannya untuk mendapatkan rasuah dan mengemukakan tuntutan palsu, dan semua ini berkaitan dengan urusan sijil CIDB, ​​sijil Taraf Bumiputera (STB) dan sijil kontraktor beberapa syarikat.
Mahriyatty didakwa melakukan kesalahan-kesalahan itu antara 2019 dan 2021 di Sipitang, Karamunsing dan di pejabat Pusat Khidmat Kontraktor Sabah di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tertuduh menghadapi empat pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana meminta rasuah, 19 pertuduhan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM kerana menerima rasuah, 21 pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana mendapatkan benda berharga, tanpa balasan, daripada orang yang terlibat dalam prosiding atau urusan yang dijalankan oleh penjawat awam, satu pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM kerana mengemukakan tuntutan palsu.

Mahkamah menetapkan 21 Julai untuk sebutan dan Mahriyatty dilepaskan dengan ikat jamin RM25,000 berdeposit RM10,000 dan seorang penjamin tempatan; serta diperintah melapor ke pejabat SPRM dua bulan sekali, dan pasportnya, jika ada, disimpan oleh mahkamah.

Advertisement
Mahriyatty diberi amaran supaya tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzati Sapifee dari SPRM menawarkan jaminan RM25,000 bagi semua pertuduhan dan seorang penjamin tempatan dengan beberapa syarat tambahan.

Advertisement
Bagaimanapun, peguam Zahir Shah yang mewakili Mahriyatty memohon ikat jamin dikurangkan dengan mengatakan, anak guamnya masih bekerja dengan pusat itu dan dia bukan risiko melarikan diri kerana dia warga tempatan dari Sipitang.

Zahir seterusnya memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya perlu menjaga lima anak.

Di mahkamah sama, seorang tukang masak meminta dibicarakan atas empat pertuduhan menerima rasuah RM4,300.

Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, Syarafi Syahir Kasan, 31, didakwa menerima suapan yang dimasukkan ke dalam akaunnya, sebagai ganjaran membantu kontraktor mendapatkan sijil CIDB dan kontraktor.

Jenayah itu didakwa berlaku antara 24 Julai dan 11 Nov 2020 di Maybank cawangan Sipitang.

Kesnya akan disebut semula pada 21 Julai dan mahkamah menawarkan ikat jamin RM5,000 berdeposit RM3,000 dan seorang penjamin tempatan kepada Syarafi.

Dia juga diperintah melaporkan diri di pejabat SPRM dua bulan sekali dan pasportnya disimpan oleh mahkamah sehingga pelupusan kesnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here