Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bekal dadah kepada tahanan, 4 polis direman seminggu
Published on: Wednesday, June 22, 2022
Published on: Wed, Jun 22, 2022
By: FMT
Text Size:
Text:
Bekal dadah kepada tahanan, 4 polis direman seminggu
Empat anggota polis berpangkat koperal dan lans koperal ditahan di pejabat SPRM Melaka petang semalam ketika hadir bagi membantu siasatan.
PETALING JAYA: Empat anggota polis direman seminggu mulai hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM12,000 bagi menyeludup barang terlarang, termasuk dadah ke dalam lokap tiga tahun lalu.

Berita Harian melaporkan perintah reman itu dikeluarkan oleh majistret Mazana Sinin, selepas membenarkan permohonan Pegawai Penyiasat Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdullah Fahmy Mohd@Saleh bagi melengkapkan siasatan kes.

Advertisement
Empat suspek berpangkat koperal dan lans koperal berusia 35 hingga 40 tahun itu bertugas di sebuah balai polis di Alor Gajah, Melaka.

Mereka disiasat bawah Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009 atas dakwaan membawa masuk barang terlarang seperti rokok, dadah, tembakau dan makanan kepada tahanan di lokap balai mereka bertugas dan dikatakan menerima upah antara RM600 hingga RM9,000 melalui kira-kira 20 transaksi dari 2019 hingga 2020.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mereka ditahan di pejabat SPRM Melaka petang semalam ketika hadir membantu siasatan.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here