Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Bicara kes tetap disambung: "Philip Among diberi cuti sakit kerana hipertensi"
Published on: Wednesday, June 22, 2022
Published on: Wed, Jun 22, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Bicara kes tetap disambung:
Phillip (gambar) menghadapi empat pertuduhan mencabul seorang peserta Unduk Ngadau berusia 22 tahun pada 19 Mei 2021 pada pukul 2 petang, 3.30 petang, 9.45 malam dan 10 malam, masing-masing di tangga bersebelahan Ever Best Photo in Asia City, di Studio Darvel Bay Borneo Holidays Sdn Bhd di Asia City, dalam sebuah kenderaan yang sedang bergerak semasa dalam perjalanan dari tempat makan malam ke sebuah pejabat lama di bandar dan di sebuah pejabat di Metro Town.
Kota Kinabalu: Seorang ketua teknikal bagi pertandingan Unduk Ngadau 2021 yang didakwa atas empat pertuduhan mencabul peserta Unduk Ngadau Negeri 2021, diberi cuti sakit selama dua minggu kerana mengalami tekanan darah tinggi (hipertensi mendesak).

Bagaimanapun, Majistret Stephanie Sherron Abbie tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan kes Philip Among, 52, tetapi kehadirannya diketepikan dan perbicaraan akan diteruskan hari ini (Rabu).

Advertisement
Stephanie berkata mahkamah tidak boleh menangguhkan perbicaraan kerana saksi telah diatur oleh pihak pendakwaan dari daerah lain.

Terdahulu, peguam bela Philip iaitu Abdul Fikry Jaafar Abdullah yang dibantu oleh Azhier Farhan Arisin, memberitahu mahkamah bahawa Philip dinasihatkan doktor untuk berehat dan cuti sakitnya bermula 17 Jun hingga 1 Julai tahun ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Fikry memohon penangguhan perbicaraan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan mengemukakan bantahan terhadap permohonan itu dengan alasan saksi membuat perjalanan jauh dari daerah lain.

Advertisement
Phillip menghadapi empat pertuduhan mencabul seorang peserta Unduk Ngadau berusia 22 tahun pada 19 Mei 2021 pada pukul 2 petang, 3.30 petang, 9.45 malam dan 10 malam, masing-masing di tangga bersebelahan Ever Best Photo in Asia City, di Studio Darvel Bay Borneo Holidays Sdn Bhd di Asia City, dalam sebuah kenderaan yang sedang bergerak semasa dalam perjalanan dari tempat makan malam ke sebuah pejabat lama di bandar dan di sebuah pejabat di Metro Town.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau dengan denda atau dengan sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Phillip, pada 10 Jun 2021, meminta dibicarakan bagi kesemua pertuduhan itu.

Perbicaraan Philip telah pun bermula pada 12 April tahun ini selama tiga hari dan setakat ini pihak pendakwaan telah memanggil seorang saksi dalam perbicaraan ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here