HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Bicara kes Philip Among ditangguh ke 1 Ogos
Published on: Thursday, June 23, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Kota Kinabalu: Perbicaraan seorang ketua teknikal pertandingan Unduk Ngadau (UN) Negeri 2021 yang didakwa atas empat pertuduhan mencabul salah seorang finalis UNN, ditangguh lagi kerana saksi pertama tidak dapat hadir ke mahkamah pada Rabu.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan 1 hingga 2 Ogos tahun ini untuk sambungan perbicaraan Philip Among (gambar), 52. 

Sebelum mahkamah menangguhkan perbicaraan, Stephanie berkata walaupun dia enggan memberikan penangguhan itu, dia perlu berbuat demikian kerana saksi pertama (yang didakwa mangsa) perlu melengkapkan keterangannya sebelum memanggil saksi lain.

Stephanie berkata, dia bersetuju dengan peguam bela bahawa saksi pertama perlu melengkapkan ceritanya terlebih dahulu, membuktikan fakta dan pertuduhan serta semua elemen, jadi kemudian saksi lain dapat menyokong elemen itu.

Semasa prosiding, mahkamah turut mengingatkan pembelaan bahawa jika mereka mahu memfailkan permohonan penangguhan, mereka perlu menulis seminggu sebelum itu dan berkata walaupun mereka membuat permohonan itu pada Sabtu, dia akan melayan permohonan tersebut.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan ingin memanggil saksi baharu untuk memberi keterangan dalam kesinambungan perbicaraan berikutan saksi pertama tidak dapat hadir ke mahkamah kerana tiada sesiapa yang membawanya dari tempatnya sebab orang yang sepatutnya membawa dia sudah berada di sini.

Bagaimanapun, peguam bela Philip, Abdul Fikry Jaafar Abdullah yang dibantu oleh Azhier Farhan Arisin, mengemukakan bantahan untuk saksi baharu dipanggil dengan mengatakan bahawa pada Selasa, mahkamah telah memerintah untuk menyambung perbicaraan tanpa kehadiran Philip kerana pihak pendakwaan telah pun menyediakan pengangkutan saksi pertama.

“Justeru, tiada sebab untuk saksi tidak hadir ke mahkamah hari ini (Rabu) kerana pengangkutan sepatutnya telah disediakan oleh pihak pendakwaan. Perbicaraan ditetapkan pada pukul 2 petang dan pihak pendakwaan mempunyai banyak masa untuk mengatur pengangkutan saksi sebelum perbicaraan bermula pada sebelah petang.

“Anak guam kami sakit akibat hipertensi dan doktor telah menasihatkannya supaya berehat bagi mengelak risiko diserang strok. Kami memohon penangguhan, memberikan sijil sakit dan laporan perubatan, namun pihak pendakwaan telah membantah permohonan kami untuk penangguhan.

“Disebabkan bantahan itu, perbicaraan disambung dan kami masih perlu berhubung dengan anak guam kami mengenai penyediaan perbicaraan walaupun dia tidak sihat dan dalam rawatan,” katanya.

Dalam isu lain mengenai bantahan untuk memanggil saksi baharu, Azhier berhujah bahawa pihak pendakwaan perlu selesai dengan saksi pertama terlebih dahulu sebelum memanggil saksi baharu.

Dia berkata, seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 173 Kanun Tatacara Jenayah, jika mahkamah berpendapat ia perlu ia hendaklah mendapatkan daripada pengadu atau sebaliknya nama mana-mana orang yang berkemungkinan mengetahui fakta kes dan boleh memberi keterangan di hadapannya antara mereka yang difikirkan perlu.

Philip menghadapi empat pertuduhan mencabul peserta Unduk Ngadau berusia 22 tahun pada 19 Mei 2021 pada pukul 2 petang, 3.30 petang, 9.45 malam dan 10 malam, masing-masing di tangga bersebelahan Ever Best Photo in Asia City, di Studio Darvel Bay Borneo Holidays Sdn Bhd di Asia City, dalam kenderaan yang sedang bergerak semasa dalam perjalanan dari tempat makan malam ke sebuah pejabat lama di bandar dan di sebuah pejabat di Metro Town.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau dengan denda atau dengan sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Philip, pada 10 Jun 2021 meminta dibicarakan bagi pertuduhan itu.

Perbicaraan Philip telah pun bermula pada 12 April tahun ini selama tiga hari dan setakat ini pihak pendakwaan telah memanggil seorang saksi dalam perbicaraan itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



ADVERTISEMENT







Berita Popular


Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            

Daily Express TV