Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah, Melaka perlu bekerjasama promosi destinasi pelancongan
Published on: Friday, June 24, 2022
Published on: Fri, Jun 24, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah, Melaka perlu bekerjasama promosi destinasi pelancongan
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah dan Melaka diharap dapat bekerjasama bagi saling mempromosikan destinasi pelancongan popular di kedua-dua negeri.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata kerjasama itu penting bagi merancakkan kembali industri pelancongan yang terjejas teruk akibat penularan Covid-19.

Advertisement
“Saya minta Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dapat membantu mempromosikan destinasi pelancongan yang ada di Melaka kepada orang Sabah dan begitu juga sebaliknya Melaka akan membantu mempromosikan destinasi pelancongan di Sabah.

“Ada tarikan pelancongan yang ada di Melaka namun tiada di Sabah… begitu juga ada tarikan pelancongan yang ada di Sabah, tiada di Melaka. Oleh itu, adalah langkah yang tepat untuk kita berkongsi pengalaman dan sama-sama mengadakan kempen untuk memastikan industri pelancongan semakin baik, sekali gus meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar dan Sesi Padanan Niaga Semarak Pelancongan Melaka di sini pada Khamis yang turut dihadiri Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

Muhammad Jailani berkata seminar berkenaan bertujuan merancakkan lagi sektor pelancongan Melaka memandangkan sektor berkenaan merupakan penyumbang utama kepada Keluran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Melaka sebelum penularan Covid-19.

Advertisement
Sementara itu, Joniston yang juga pengerusi STB berkata program berkenaan amat bermakna bagi kedua-dua negeri merancakkan sektor pelancongan selepas melalui tempoh yang amat mencabar.

“Program ini (penganjuran) tepat pada masanya selepas pembukaan semula sempadan antarabangsa dan kemasukan pelancong ke negara kita, termasuklah ke Sabah, juga dilihat semakin bertambah. Saya percaya Melaka juga mengalami situasi yang sama,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata sehubungan itu, penting bagi pengusaha pelancongan yang hadir pada program berkenaan mengemas kini antara satu sama lain mengenai tawaran pelancongan yang tersedia di kawasan masing-masing.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here