Kota Kinabalu: Lembaga Hakim Pelawat (BVJ) bagi Penjara Sabah berharap Kerajaan Sabah dapat membantu menyelesaikan masalah penjara yang sesak dengan menyediakan rumah persinggahan untuk banduan tempatan yang tiada tempat tujuan apabila mereka keluar dari penjara.“Pada masa ini, penjara Sabah sesak melebihi 60 peratus daripada kapasiti maksimumnya. Terdapat kira-kira 3,000 orang di Penjara Kota Kinabalu, tetapi penjara itu hanya dapat memuatkan 1,500 orang,” kata Pengerusi BVJ Datuk Katherine Lee Mei Oi.
Tawau dan Sandakan juga mempunyai terlalu ramai banduan, katanya.
Advertisement





